Memang besar, sangat moisssst, dan sedap sangat kek tok. So, inilah resipinya kmk pakei resepi sis Noy Yullan . Berbaloi dan puas ati. 😊👍
Bahan-Bahan:
16 oz mentega (454gm pure butter)
2 gelas gula halus (saya letak 200gm)
10 biji telur gred A (saya guna AA)
1 tin susu pekat (saya letak 350gm)
200gm kaya
1 bungkus coklat masakan (saya letak 200gm)
2 sdk esen vanila
2-3 sudu browning sugar (gula hitam Sarawak)
* 2 gelas tepung gandum (saya letak 200gm)
* 200gm horlick perisa asli
* 100gm horlick perisa coklat (Saya guna serbuk minuman malt coklat jenama Econsave)
* 50gm serbuk Koko
* 60gm Milo
(Satukan dan ayak bahan bertanda *)
Cara-Cara:
1. Cairkan coklat masakan secara double boiler atau masukkan dan cairkan dalam microwave. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga bertukar putih dan gebu.
3. Masukkan telur satu per satu. Pukul hingga kembang.
4. Masukkan susu pekat, kaya, coklat masakan yang sudah dicairkan tadi, esen vanilla dan browning sugar. Pukul sehingga adunan sebati dan gebu.
5. Perlahankan mixer, masukkan tepung gandum, horlicks, serbuk koko, dan Milo sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati sahaja.
6. Matikan mixer. Kaub balik adunan dengan menggunakan spatula.
7. Sediakan loyang saiz 10" (boleh guna 9" tapi agak tersembul masa mula masak. Dah sejuk kang, kek tu turun sedikit 😊). Alas dasarnya dan sapu mentega pada bahagian dalam loyang. Masukkan adunan. Hentak2 sedikit loyang tadi bagi meratakan adunan. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Anggaran 3 hingga 4 jam bergantung pada suhu kukusan masing2.